Dengan serendah RM300, anda berpeluang melaksanakan ibadah Aqiqah dengan sempurna serta berkongsi rezeki kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Inilah peluang untuk menunaikan sunnah Nabi SAW sambil membawa senyuman kepada mereka yang kelaparan.
Jangan lepaskan peluang! Tempah Aqiqah anak anda hari ini dan sempurnakan sunnah Nabi Muhammad SAW.
➡️ Ibadah Aqiqah adalah salah satu amalan yang sangat dianjurkan sebagai tanda kesyukuran atas kelahiran anak. Ia menjadi simbol ketaatan dan kasih sayang seorang hamba terhadap perintah Allah SWT.
➡️ Melaksanakan Aqiqah adalah cara kita mengikuti sunnah Rasulullah SAW dan memperkukuh ikatan kekeluargaan serta ukhuwah sesama umat Islam. Ia juga mengingatkan kita tentang pentingnya menzahirkan rasa syukur kepada Allah.
➡️ Daging Aqiqah diagihkan kepada fakir miskin dan mereka yang jarang menikmati daging. Ia membawa kegembiraan, keberkatan dan doa yang baik buat anak yang dilaksanakan ibadah Aqiqah.
Sama ada ini kali pertama anda ingin menunaikan ibadah Aqiqah untuk anak, atau anda pernah melaksanakannya sebelum ini tetapi ingin pengalaman yang lebih tersusun dan diyakini.
Kami ingin menjemput anda.
Kami di QurbanAid bantu laksanakan Aqiqah dengan pengurusan yang telus supaya anda dapat menunaikan sunnah ini dengan tenang, mudah dan penuh keberkatan.
Setiap ibu bapa yang ingin melaksanakan Aqiqah mempunyai latar belakang dan keutamaan yang berbeza. Ada yang mahu ibadah Aqiqah dibuat di tanah suci, ada juga yang ingin ia dilaksanakan di dalam negara untuk keluarga dan komuniti setempat.
Sebab itu penting untuk pilih platform Aqiqah yang memahami keperluan anda, serta mampu sampaikan amanah dengan cara yang telus, teratur dan penuh keberkatan.
Ibu bapa yang baru dikurniakan cahaya mata
Inilah masa terbaik untuk melaksanakan sunnah Aqiqah sebagai tanda kesyukuran.
Keluarga yang ingin mendidik anak tentang syukur dan ibadah
Tunjukkan contoh terbaik melalui pelaksanaan Aqiqah yang penuh keberkatan.
Individu atau pasangan yang ada rezeki lebih
Peluang untuk berkongsi nikmat dengan mereka yang memerlukan sambil menyempurnakan ibadah Aqiqah.
Aqiqah bukan sekadar penyembelihan haiwan, tetapi satu bentuk ibadah yang menunjukkan ketaatan, keikhlasan dan rasa syukur seorang hamba kepada Allah atas kelahiran anak.
“Setiap anak yang lahir tergadai (terikat) dengan akikahnya, yang disembelihkan untuknya pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama.”
(Hadis Riwayat Abu Daud & Tirmizi)
Aqiqah juga menjadi jalan untuk kita menzahirkan kesyukuran kepada Allah, di samping berkongsi rezeki dengan fakir miskin dan mereka yang jarang menikmati daging. Ia menghidupkan sunnah Rasulullah SAW serta memperkukuh doa keberkatan buat anak.
Melalui Aqiqah, kita bukan sahaja menyempurnakan sunnah, tetapi turut mensucikan jiwa dan memperkuatkan hubungan kita dengan Sang Pencipta.
“Pertama kali saya sertai Qurban secara online dan Alhamdulillah sangat mudah dan lancar. Saya siap terima gambar dan laporan penuh “
“Saya buat Qurban atas nama arwah ibu. QurbanAid uruskan semuanya dengan baik. Rasa tenang hati bila dapat lihat bukti agihan sampai ke penerima.”
“Harga sangat berpatutan dan layanan pun mesra. Saya syorkan QurbanAid kepada sesiapa yang nak Qurban tapi tak sempat urus sendiri.”
“Saya pilih Qurban luar negara. Bila tengok wajah penerima yang senyum dapat daging, saya pun sebak. Terima kasih QurbanAid!”
Bangladesh, Siera Leone, Guniea Chonakri, Afghanistan, Kemboja
Indonesia , Mekah
Bangladesh, Siera Leone, Guniea Chonakri, Afghanistan, Kemboja
Di Bangladesh, ramai keluarga miskin hanya mampu makan daging sekali setahun, iaitu ketika Aidiladha. Pelaksanaan Qurban & Aqiqah di sini memberikan peluang mereka merasai nikmat makanan yang berkhasiat serta menyambut hari raya dengan lebih bermakna.
Sierra Leone adalah antara negara yang masih dalam proses pemulihan selepas konflik panjang. Ramai umat Islam hidup dalam kemiskinan melampau. Qurban & Aqiqah di sini bukan sekadar agihan daging, tapi juga membawa harapan dan kelegaan buat komuniti yang memerlukan.
Umat Islam di kawasan pedalaman Indonesia masih ramai yang hidup dalam serba kekurangan dan jarang menikmati daging. Qurban & Aqiqah yang dilaksanakan di sana membawa sinar kebahagiaan, menguatkan semangat komuniti dan merapatkan ukhuwah sesama Muslim merentas daerah dan sempadan.
Afghanistan berdepan krisis kemanusiaan berpanjangan. Ramai keluarga hilang tempat tinggal, sumber pendapatan dan makanan asas. Qurban & Aqiqah di sana menjadi cahaya dalam kegelapan – membawa kegembiraan, makanan dan rasa dihargai kepada mereka yang diuji.
QurbanAid Sdn. Bhd., ditubuhkan pada 9 Oktober 2018, menyediakan perkhidmatan Qurban dan Aqiqah dengan kos rendah, menyalurkan ibadah ke komuniti Muslim fakir di pelbagai negara. Sejak penubuhannya, syarikat ini telah menguruskan lebih daripada 15,000 sembelihan, mengagihkan daging ke negara seperti Indonesia, Kemboja, Bangladesh, India, Afrika, Mekah, dan Afghanistan.
Sejak penubuhannya pada 9 Oktober 2018, QurbanAid telah menguruskan lebih daripada 15,000 sembelihan, menunjukkan kepakaran dan komitmen tinggi dalam memastikan setiap ibadah dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut syariat.
QurbanAid mengedarkan daging Qurban dan Aqiqah ke 19 negara terpilih yang sangat memerlukan, termasuk Indonesia, Kemboja, Vietnam, Bangladesh, Filipina, Sudan, India, Malawi, Mali, Tanzania, Mekah, Burkina Faso, Niger, Nigeria, Afghanistan, Laos, dan Burma. Ini memastikan bantuan sampai kepada komuniti Muslim fakir di serata dunia.
QurbanAid menawarkan pelbagai saluran pembayaran rasmi untuk kemudahan pelanggan, termasuk FPX atas talian melalui perkhidmatan Billplz dan Toyyibpay, pindahan bank ke akaun rasmi, kad debit atau kredit, pembayaran tunai di pejabat rasmi, dan e-Wallet seperti TnG e-wallet dan Boost. Ini memudahkan peserta dalam membuat pembayaran mengikut keselesaan mereka.
Setiap peserta akan menerima sijil pelaksanaan yang dicetak serta pautan laporan status untuk setiap tempahan. Selain itu, QurbanAid menawarkan promosi, tawaran terhad, dan hadiah percuma seperti set Mini Telekung, Beg, dan Botol Thermos dalam satu pakej, menjadikan pengalaman berQurban & Aqiqah lebih istimewa.
QurbanAid mendapat pengiktirafan untuk melaksanakan ibadah Qurban & Aqiqah yang mematuhi piawaian halal dan syariah yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Setiap penyertaan bersama QurbanAid bukan sekadar ibadah, tetapi satu momen bermakna yang wajar dikenang. Lihat sendiri wajah-wajah kegembiraan penerima Qurban & Aqiqah dari seluruh dunia. Bukti amanah peserta telah kami laksanakan dengan penuh tanggungjawab.
Kami percaya setiap ibadah yang dilakukan dengan ikhlas layak dihargai. Sebagai tanda terima kasih atas penyertaan anda, QurbanAid menyediakan hadiah-hadiah istimewa untuk menceriakan lagi pengalaman berQurban anda bersama kami tahun ini.
Aqiqah ialah ibadah penyembelihan haiwan ternakan seperti kambing atau biri-biri sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT atas kelahiran seorang anak. Ia juga sunnah yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah SAW.
Waktu paling afdal ialah pada hari ketujuh kelahiran bayi, tetapi jika tidak sempat, ia boleh dilakukan pada hari ke-14, ke-21, atau bila-bila masa sebelum anak baligh.
Bagi anak lelaki, disunnahkan dua ekor kambing atau biri-biri.
Bagi anak perempuan, disunnahkan seekor kambing atau biri-biri.
Namun, jika hanya mampu seekor untuk anak lelaki, ia tetap sah sebagai Aqiqah.
Ya, boleh. Ramai yang memilih melaksanakan Aqiqah di luar negara kerana kos lebih rendah dan pada masa sama dapat membantu fakir miskin di kawasan yang jarang menikmati daging.
Aqiqah dilaksanakan sebagai tanda syukur atas kelahiran anak, manakala Qurban dilaksanakan pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyrik sebagai ibadah khusus yang disyariatkan.
Sah, asalkan syarat penyembelihan dipenuhi, niat Aqiqah jelas dinyatakan, dan pengagihan daging dilakukan mengikut hukum syarak.
Peserta biasanya akan menerima sijil Aqiqah, laporan bergambar atau video (jika disediakan), serta pengesahan pelaksanaan sebagai bukti ibadah telah dilaksanakan dengan sempurna.
© Qurbanaid International Copyright 2025. All Rights Reserved.
Program Aqiqah 2025 dianjurkan oleh Qurbanaid International bagi memudahkan pendaftaran dan penyertaan ibadah Aqiqah. Semua maklumat yang dipaparkan dalam iklan dan promosi kami adalah tepat pada waktu penerbitan. Walau bagaimanapun, kami tidak menjamin bahawa maklumat ini bebas daripada perubahan atau kesilapan, termasuk tetapi tidak terhad kepada harga pakej, lokasi penyembelihan, pengagihan daging, serta sebarang tawaran promosi. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada pelanggan dengan kadar segera.
Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang salah faham atau tafsiran yang timbul daripada maklumat yang disampaikan melalui laman web, media sosial, atau bahan promosi kami. Maklumat yang diberikan adalah untuk tujuan penerangan umum dan tidak boleh dianggap sebagai jaminan atau kontrak muktamad. Untuk maklumat lanjut atau pengesahan rasmi, sila hubungi pihak kami secara terus.
Kami juga TIDAK mempunyai sebarang kaitan rasmi, pengiktirafan, atau sokongan daripada mana-mana institusi kewangan, syarikat penerbangan, atau organisasi lain yang disebut dalam mana-mana komunikasi kami, melainkan dinyatakan secara rasmi. Semua nama, logo, tanda niaga, dan jenama lain yang disebut adalah hak milik masing-masing.